Ads

                                       

Klik Dan Menang !!

27 March 2013



Kerana Wang Pengarah Shirin Hj Khuzaimi Sanggup Masukkan Unsur Pornografi Dalam Filem 'Mencari Cinta' inilah kata-kata yang boleh kami gambarkan bila menonton trailer filem ini. Melalui  trailer berdurasi 1:32 filem Mencari Cinta, sebuah babak ranjang Nora Danish dan Rusdi Ramli dipertontonkan kepada umum.

Mencari Cinta, adalah filem arahan Shirin Hj Khuzaimi. Mengisahkan Myra (Nora Danish) yang pada mulanya hendak melangsungkan perkahwinan dengan Malek pemuda pilihannya, tetapi terpaksa dibatalkan apabila teman lelakinya itu terkantol mempunyai teman wanita yang lain.

Bagi menutup malu, ibu bapanya terpaksa mengahwinkan Myra dengan seorang jejaka kampung, Razlan Ariffin (Rusdi Ramli) kerana segala persiapan kahwin telah siap dan kad jemputan pun sudah diedarkan. Razlan juga mempunyai kisah cinta yang gelap. Mila (Fauziah Gous) telah membatalkan tali pertunangan mereka kerana dia ingin melanjutkan pelajaran.
Bagaimanakah Myra & Razlan dipertemukan?

Semuanya bermula apabila bapa Myra, Tan Sri Johan meminta pertolongan kakak iparnya, Ramlah isteri kepada arwah abangnya, juga ibu kepada Razlan. Menyedari kedua-duanya mempunyai sejarah hitam, Tan Sri Johan bersetuju untuk mengahwinkan Myra dengan Razlan.

Idea Tan Sri Johan mendapat tentangan daripada Myra kerana dia memandang jelik terhadap Razlan yang dibesarkan dengan cara kampung. Padanya, lelaki itu tak sama taraf dengannya yang selama ini dibesarkan dengan cara bandar.

Jodoh pertemuan itu di tangan tuhan. Akhirnya Myra tetap berkahwin dengan Razlan. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh Razlan bagi menjinakkan isterinya.

Daripada benci, bertukar menjadi cinta. Bagaimanapun, sebuah konflik berlaku apabila Razlan bertemu semula dengan bekas tunangnya, Mila, dan Myra ditagih semula cintanya oleh bekas kekasih, Malek.

Apakah yang akan jadi kepada mereka? Filem ini akan menemui anda pada 25 April 2013.


Komen
0 Komen

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Komen

Followers