Pada suatu hari, seorang gadis yang
terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah
bas mini
untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang
terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat
menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang
patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki
ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya:
“Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika
kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta
agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang
pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua
itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek:
“Siapalah kamu hai orang tua? Adakah
kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan
bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?
Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup
aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di
khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga?
Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”
Setelah menghamburkan kata-kata yang
sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek
panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan
telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang
lebih dahsyat.
” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan
bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta
tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi
lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang
mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut
mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang
ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang
lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan.
Semua yang di dalam bas tidak
menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan
mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina
agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di
perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu
bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya
tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi
memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan
kepalanya.
Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya
dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan
berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba
tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar
untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut.
Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.
Mayatnya menjadi hitam seolah-olah
dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga
kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik
saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak
keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati
yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah
bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu
Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.
Sangat baik kita jadikan iktibar dan
pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali
kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan
mempersendakan atau mengejek.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak
sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak
akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat
biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan
kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya
saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.
Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu?
Mereka itulah orang yang ingin melawan
Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan
bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan
undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan
undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda
tertakluk di bawah undang-undang negara anda.
Begitu taksub sekali anda terhadap
undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar
undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga
tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik
yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya,
begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang
telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita
memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang
benar dan agar
Dia memberikan kekuatan agar kita
sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan
diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia
dan kini berada di perantauan sana.