Ads

                                       

Klik Dan Menang !!

26 March 2013


Mengapa Wanita Kuat Cemburu


Ramai lelaki pening kepala melayan kerenah pasangan mereka yang terlalu cemburu.
Kadang kala pada pendapat lelaki punca remeh temeh pun boleh menerbitkan kecemburuan hingga menyebabkan konflik dan pergaduhan bersama pasangan. Ketahui di sini apakah punca wanita terlalu cemburu terhadap pasangan mereka.


1.Tidak merasa selamat
Wanita tersebut tak merasakan hubungan mereka berada dalam keadaan selesa dan selamat. Timbul rasa unsecured dan menerbitkan rasa cemburu dan akhirnya menimbulkan konflik besar.

2. Kurang komunikasi
Kesibukan dan kurang komunikasi adalah punca wanita berasa cemburu dan rasa terabai. Timbul rasa curiga dan ingin tahu pergerakan pasangan dan akhirnya wanita mula berasa curiga dan akhirnya akan tercetus pertengkaran.

3.Tidak percaya
Ramai wanita tidak percayakan pasangan mereka. Mereka rasa tercabar bila ada wanita lain yang lebih cantik mendekati pasangan mereka sedangkan pasangan mereka langsung tak terniat untuk curang sedikit pun.

4.Posesif
Ramai wanita bersikap obsesif terhadap pasangan mereka. Mereka ini jenis sentiasa memerhati gerak geri pasangan dan akan cemburu buta bila ada wanita berurusan dengan teman lelaki mereka.

5. Pesaing
Persaingan adalah salah satu punca wanita lebih cemburu. Jika dia tahu dirinya ada pesaing dalam merebut kasih sayang lelaki itu akan bertambah cemburulah dia terhadap pasangan dia. Terutama wanita yang bermadu dalam cinta, tentunya mereka tak senang duduk dalam
memancing kasih sayang lelaki pujaan hati. Setiap wanita pastinya mahu dirinya lebih disayangi berbanding pesaingnya.


Apa pun dinasihati agar cemburu itu diatasi dengan kematangan akal agar ia jalan seiiring dan manis dalam perhubungan dua hati. Bagi lelaki pula kematangan dan kebijaksanaan kalian pastinya mampu menangani masalah cemburu wanita . Cemburu tandanya sayang, namun jangan biar cemburu merosakkan hubungan yang
indah,
Komen
0 Komen

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Komen

Followers