Ads

                                       

Klik Dan Menang !!

17 March 2013


A6
A6
PASARAN hibrid negara terlebih dahulu dilirik oleh syarikat Jepun. Merekalah negara pertama yang menembusi segmen kenderaan hijau negara. Model pertama hibrid yang dibawa masuk ialah Toyota Prius sekitar 2008. Kira-kira setahun kemudian, barulah pesaingnya Honda Civic diperkenalkan.

Sejak itu, dua konglomerat automotif negara matahari terbit itu mendominasi pasaran hibrid negara. Malah dapat juga dilihat senario segmen kenderaan hibrid Malaysia menunjukkan pertumbuhan positif. Ia adalah hasil daripada manfaat pengecualian cukai import dan eksais yang diperkenalkan sejak bajet 2009.

Dilanjutkan sehingga 31 Disember 2013, pengecualian itu menyumbang kepada harga kereta yang lebih murah bagi kenderaan hibrid diimport sepenuhnya (CBU) dan membolehkan pengenalan harga terendah bagi model Prius C (RM97k) dan Jazz Hibrid (RM95k).

Keadaan ini turut mendorong pengeluar Eropah memperkenalkan model hibrid. Antaranya Lexus- CT200h, LS 600hL dan RX 450h, Porsche (Panamera S Hibrid) dan BMW menerusi BMW ActiveHybrid 3 dan ActiveHybrid 5 yang diperkenalkan lewat 2012. Terbaru jenama mewah tersebut melancarkan model  ketiganya, BMW ActiveHybrid 7.

Tidak terkecuali, Euromobil Sdn Bhd, pengimport jenama Audi di Malaysia turut memperkenalkan model hibrid sulung mereka di pelabuhan Malaysia.

Malaysia terlebih dahulu memasarkan Audi A6 Hibrid berbanding Indonesia yang buat sementara waktu ini memutuskan tidak membawa masuk kenderaan tersebut. Ia kerana aturan tentang kereta hibrid di Indonesia belum jelas. Di sisi lain,  masyarakat negeri Garuda itu juga belum siap menerima kereta hibrid.

Dilengkapi enjin bersesaran 1984cc bercas turbo, bersama kombinasi motor elektrik ia mampu menghasilkan output keseluruhan 245bhp dan tork 480Nm. Sistemnya mengagihkan tenaga untuk menggerakkan roda hadapan dengan bantuan transmisi 8-kelajuan Tiptronic. Kereta Jerman itu mampu berlari dari sifar hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 7.5 saat. Manakala kelajuan maksimum 240km/j.

Secara berasingan enjin 2.0 liter turbo petrol ini menghasilkan output 211bhp dan tork 350Nm. Sementara motor elektrik yang dikuasakan pek bateri lithium ion dengan berat 38 kilogram ini menghantar kuasa 54hp dan 210Nm.

Ukuran badannya sebagai sedan premium, A6 Hibrid menjanjikan kecekapan petrol pada 6.2 liter bagi setiap 100km. Angka sama yang disumbangkan oleh kereta kompak 1.5 liter.

Pengurangan berat badan adalah hasil sumbangan besar penggunaan aluminium dan keluli tegangan tinggi. Ia juga membantu meningkatkan ekonomi bahan api dan keteguhan badan A6 hibrid.

Selain itu, bergerak dengan tenaga bateri sahaja, A6 memiliki kecepatan maksimum 100km/j. Jika melaju konsisten pada 60 km/j, motor elektriknya sanggup membawa sehingga tiga kilometer.

Secara visual, perkara yang membezakan A6 Hibrid dengan varian bukan hibrid adalah penggunaan roda aluminium rekaan turbin 18 inci dan logo hibrid di belakang, panel sill dan bahagian tepi.

Masuk ke bahagian kabin perubahannya cuma takometer digantikan dengan ‘power meter’ yang menunjukkan penggunaan kuasa hibrid.

Menggunakan kompresor pendingin hawa elektrik yang tidak bergantung pada kuasa enjin, penumpang masih boleh menikmati nyaman pendingin hawa walaupun ketika enjin A6 Hibrid berhenti secara automatik start/stop untuk penjimatan minyak.

Dengan pengenalan A6 hibrid di Malaysia, diharapkan langkah-langkah yang diambil ke arah menggalakkan pelaksanaan teknologi hijau dalam industri automotif akan menjadikan negara lebih berdaya saing pada skala global.

Audi sendiri bukan tidak memiliki kereta hibrid. Selain A6, di pasaran luar Audi memperkenalkan Audi Duo hibrid pada 1997, diikuti Q5 hibrid (2010) dan dijangka tahun ini Audi R8 e-tron edisi terhad bakal dilancarkan.

Lebih impresif, Euromobil menerima 200 unit tempahan sebelum dilancarkan secara rasmi.

Tampak menarik untuk dipertimbangkan, tanda harga bagi model Jerman ini RM280,000 (tanpa insurans).
Komen
0 Komen

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Komen

Followers