UNTUK DAPAT MAKLUMAT TERKINI PERTEMPURAN LAHAD DATU DAN SEMPORNA SILA KE FB INI
Polis Malaysia mengesahkan bahawa dua anggota komando polis Malaysia
dan 12 lelaki bersenjata Sulu terbunuh dalam Pertempuran Kesultanan
Sulu antara Pasukan Gerakan Am Malaysia dan kumpulan bersenjata itu hari
ini. Sumber INI.
Kita biasa dengar peperangan berlaku di luar negara tetapi kini
peperangan sedang berlaku di Malaysia demi mempertahankan maruah negara.
Pertempuran di Lahad Datu
sedang berlaku antara pasukan pertahanan Malaysia dan penceroboh yang
mengelar diri mereka sebagai keturunan Sultan Sulu. Mengikut sumber di SINI menyatakan 10 penceroboh sudah terbunuh dan 2 Komando wira negara juga terkorban.
Berbagai laporan dikeluarkan oleh berbagai media massa dalam dan luar
negara tetapi berita rasmi belum dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dan
Kerajaan Filipina. Pihak Kerajaan sudah pasti akan mengeluarkan laporan
rasmi pada masa yang sesuai untuk makluman dunia.
Mengikut laporan terbaru di SINI
yang dilaporkan oleh Jabatan Hal Ehwal Luar Kerajaan Filipina bahawa
penceroboh telah menyerah diri tetapi angka yang terkorban hanya tiga
orang tidak sama dengan kebanyakan laporan yang dilaporkan.
Dunia telah mengiktiraf Sabah sebahagian daripada Malaysia jadi sudah
pasti Malaysia akan mempertahankan Sabah sehingga titisan darah
terakhir. Sebarang tuntutan mesti dibuat melalui PBB bukan secara
kekerasan kerana ianya tidak akan membawa kebaikan.
Yang peliknya kenapa pencerobohan ini berlaku ketika bahang PRU13 semakin memanas atau mungkin ada kaitan dengan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Pendatang Haram Sabah seperti berita INI dan INI dan INI
apabila jerat yang diharap tidak mengena tetapi akhirnya terjerat leher
sendiri jadi pencerobohan dirancang untuk mengalih perhatian Kerajaan
dan Rakyat. Kerajaan yang lambat bertindak dikatakan lembab tetapi bila
Kerajaan sudah bertindak dan ada yang terkorban, Kerajaan dikatakan
kejam .. sudah terbaca dibanyak blog-blog politik.
Kerajaan Malaysia
sudah sangat berlembut dengan penceroboh dengan memberi masa lebih
daripada dua minggu untuk berunding tetapi penceroboh tegas tidak mahu
berganjak dari bumi Sabah. Terkini Azzimudie memberitahu Radio dzMM
Filipina bahawa kumpulannya tidak akan kembali ke Filipina kerana ia
akan “memalukan” mereka dan kesultanan Sulu. “Kita tidak boleh pulang ke
Filipina kerana ia akan memalukan kita. Kami telah menegaskan niat kami
datang ke sini,” Azzimudie dipetik sebagai berkata. Menurutnya, dia dan
275 pengikutnya mahu tinggal di Kampung Tanduo di Lahad Datu manakala
kerajaan Filipina sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan
Malaysia untuk menyelesaikan isu itu.
Kita doakan semuga peristiwa hitam Pertempuran Kesultanan Sulu ini
berakhir segera dan tiada pertempuran balas dendam selepas ini.
Al-Fatihah kepada mereka yang terkorban.
Ads
Home
»
»Unlabelled
» Terkini Pertempuran Kesultanan Sulu di Lahad Datu dan Semporna
12 March 2013
Recent Posts
EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT
Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah : 1. Duit banyak, tapi cepat jer habis. Tak tau duit ...Read more
Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?
Penggalian di bawah Masjid Al-Aqsa sedang dijalankan Luangkanlah masa untuk membaca tenta...Read more
AMALAN IBU MENGANDUNG MENURUT ISLAM
AMALAN IBU MENGANDUNG MENURUT ISLAM Semasa mengandung, kita dinasihatkan agar mengamalkan ...Read more
Suspek bunuh ibu, humban mayat dalam lubang kumbahan tak sakit mental
BALIK PULAU: Lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan warga emas yang ma...Read more
Sejarah Mesir, Bani Israel, Yahudi dan Freemasonary
Visualisasi Baphomet/Lucifer/Iblis oleh Penyembah Syetan Untuk artikel selanjutnya kita akan m...Read more

Subscribe to:
Post Comments (Atom)