Selama ini, kalau apa saja kritikan atau
cemuhan daripada sesetengah pihak mengenai dirinya, beliau sekadar
mendengar dan tidak telalu ambil pusing dengan kata-kata negatif yang
dilemparkan terhadapnya.
Namun Rozita Che Wan atau Che Tah
baru-baru ini terkesan dengan pandangan serong mahupun kata-kata sinis
yang sering dilemparkan kepadanya sejak dia menyertai program realiti MasterChef. Hingga membuatkan aktres jelita lagi kontroversi ini berasa patah semangat.
"Masa mula-mula saya masuk MasterChef, ramai
yang kutuk saya. Ada yang cakap saya ni harap pakai bulu mata aje, tapi
tak pandai masak. Ada yang kata saya tak sedar diri sebab pakai skirt
pendek. Macam-macam lagi lah. Jadi kawan-kawan kat dalam Masterchef tu pun selalu bagi tahu saya yang ramai orang kutuk-kutuk saya. Saya rasa patah semangat bila dengar semua tu.
"Mujur ada Michael Ang (Mic). Kami
berdua kawan baik masa dalam Masterchef ni. Tapi bila minggu lalu dia
tersingkir, saya menangis. Sebenarnya sepanjang MasterChef, itu kali
pertama saya menangis. Saya tak rapat dengan yang lain-lain. Kalau
sebelum ni sesiapa terkeluar saya tak menangis sebab saya ni memang
jenis susah nak nangis. Zain keluar pun saya tak nangis.
Tapi bila Mic keluar, saya sedih sebab
lepas ni saya tak ada kawan. Saya nangis sebab saya pun nak ikut sama
keluar tapi Astro tak bagi saya keluar", ujarnya ketika diminta mengulas
mengenai insiden dia menangis dalam siaran program MasterChef Selebriti
musim kedua, baru-baru ini.
Begitupun, selepas insiden tersebut, Che
Tah menerima banyak respon positif daripada para peminat dan penonton.
Justeru walaupun kini sahabat baiknya sudah terkeluar, dia akur dengan
keputusan Astro dan meneruskan perjuangannya menempuh cabaran dalam
minggu-minggu akan datang.
"Bila orang kutuk-kutuk saya dulu, saya
berazam nak capai sekurang-kurangnya dalam Top 10. Tapi sekarang
Allhamdulillah, orang dok kutuk-kutuk saya pun, sekarang saya dah di Top
5. Saya tak harap nak menang pun sebab saya ni pelakon, bukan tukang
masak
"Satu lagi, lepas saya nangis hari tu,
banyak pula respon positif yang saya dapat dari orang ramai. Sejujurnya
saya memang menangis betul keran sedih Mic terkeluar. Bukan drama, drama
tau", katanya.
Dalam pada itu, Che Tah menyifatkan
pemilihannya sebagai duta makanan tambahan untuk kesihatan dan
kecantikan Longevite, satu pengiktirafan memandangkan beliau
mementingkan aspek penjagaan kecantikan dalaman dan luaran sejak remaja
lagi.