Ads

                                       

Klik Dan Menang !!

24 June 2013

piere

Dengan sekali lafaz pelakon Pierre Andre, 28, sah begelar suami kepada Siti Nur Hidayah Hashim, 26, dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati Selayang di sini pada hari Ahad.

Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazrul Andre dan Hidayah dinikahkan oleh Imam masjid tersebut Mohamad Zuhdi Razali berwalikan bapa pengantin perempuan pada kira-kira pukul 2.10 petang.

Pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran berupa tepak sirih, sepasang kasut, seutas jam tangan dan beg jenama Guess, wang hantaran, telekung, set minyak wangi, telefon bimbit I-Phone 5 dan set barang kemas jenama Habib Jewels.

Sementara itu pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran terdiri daripada buku, sepasang kasut jenama New Ballance, coklat, seutas jam tangan Alexandre Christie, set kamera, set minyak wangi, barangan elektronik PSVita Wifi, sebentuk cincin dan sirih junjung Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan RM20,000 sebagai wang hantaran.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 200 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Pierre menyarungkan cincin ke jari manis isterinya pada upacara membatalkan air sembahyang selepas selesai akad nikah.

Sebelum ini pasangan yang menyulami cinta selama lapan bulan itu telah mengikat tali pertunangan pada 9 Februari lalu di kediaman Hidayah di Pasir Gudang, Johor Bahru.

piere2

piere3

piere4
piere5

piere6

Komen
0 Komen

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Komen

Followers