Ads

                                       

Klik Dan Menang !!

16 June 2013


 
PROTON hari ini melancarkan varian Saga terbarunya, Saga Super Value (SV) dalam menyahut cabaran untuk memperkenalkan kereta mampu milik kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.

Model terbaru yang dipertingkatkan dari segi keselamatan dan kualiti itu dijual pada harga RM33,438 hingga RM36,888, menunjukkan pengurangan harga sehingga 12 peratus berbanding model Saga sebelum ini.

Varian baru Saga itu diperkenalkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Hisham Othman di Bilik Pameran Platinum PROTON, Mutiara Damansara sebentar tadi.Hisham berkata, Saga SV ditawarkan sebanyak enam warna dan orang ramai boleh membuat tempahan bermula hari ini.

Untuk model Saga SV 1.3 (M) dijual pada harga RM33,438 (solid) dan RM33,888 (metallic) manakala Saga SV 1.3 (A), RM36,438 (solid) dan RM36,888 (metallic).

 
 
 

  

 

  

 


  

 
 
 
Komen
0 Komen

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Komen

Followers