Dalam kejadian jam 3 pagi, Muhamad Nor Faiz Khan, 16, maut di lokasi
kejadian selepas cedera teruk di kepala dan badan apabila motosikal
ditunggangnya merempuh belakang kereta
Lebih menyayat hati apabila kejadian berlaku kurang 100 meter dari
rumahnya di Flet Mutiara Idaman, di sini, malah beberapa rakan mangsa
meninggalkannya sejurus kemalangan berlaku.
Menurut sumber, sebelum kejadian, kumpulan remaja bermotosikal terbabit
cuba menunjukkan lagak mereka dengan menunggang secara berbahaya di
sekitar kawasan itu.
“Ketika itu, polis mengarahkan mereka beredar, tetapi kumpulan remaja
berkenaan berdegil dan masih mahu menunjukkan aksi lagak ngeri