TERLUPA
batasan agama untuk menjadi panduan hidup, tiga beradik yang mulanya ke
pusat hiburan untuk berhibur dan mempunyai kekasih sebagai pengubat
sunyi akhirnya hanyut dek godaan syaitan hingga ada yang sanggup menjual
tubuh.
Disebabkan limpahan wang yang mampu diraih dengan mudah juga membuat ada antara tiga beradik liar dari Georgetown, Pulau Pinang itu rela menjadi “call girl” bagi dengan melayan lelaki kaya, kacak dan berkereta mewah hingga ke ranjang.
Wartawan Metro Ahad, Zuhainy Zulkifli berkesempatan bertemu dengan tiga beradik ini untuk mendengar sendiri pengalaman dan luahan rasa mereka.
Dari kiri – Aiza, Lily, Shila
AIZA (bukan nama sebenar), 26, anak ketiga dari lima beradik:
“Hidup saya mula menjurus ke arah perbuatan seks bebas bermula sejak usia 17 tahun selepas berkenalan dengan Saiful yang ketika itu berusia 18 tahun dari Alor Setar, Kedah.
Ketika
itu saya bukan saja bangga menjadi teman wanita kepadanya disebabkan
dia dikenali ramai di tempatnya tetapi Saiful yang selalu memberi wang
dan membelikan pakaian berjenama menyebabkan saya mula gelap mata dan
rela mengorbankan dara kepadanya.
Saya
masih ingat semasa kami menyambut satu perayaan dan selepas melihat
persembahan bunga api, Saiful mengadu tidak boleh memandu kereta kerana
mengantuk dan memujuk saya supaya menginap di sebuah hotel tiga bintang.
Saya
masih mentah ketika itu hanya menurut saja katanya, malah dia berkata
akan menyewa dua bilik berasingan tetapi apabila tiba di hotel, dia
beritahu semua bilik sudah penuh dan hanya ada satu bilik saja.
Pada malam itu jugalah mahkota diri saya diragut Saiful, malah kami beberapa kali terlanjur.
Bermula
hari itu, kami sering melakukan perbuatan terkutuk itu, malah pernah
beberapa kali melakukan seks dalam kereta berhampiran sebuah stadium di
Alor Setar.
Saiful
anak orang kaya kerana bapanya seorang ahli perniagaan terkenal. Setiap
hari Sabtu, kami akan bertemu dan setiap kali kami berjumpa
sekurang-kurang RM200 pasti masuk kocek.
Jumlah
itu bagi saya yang hanya seorang pelajar tingkatan lima adalah cukup
besar dan sebab itu saya tidak kisah untuk membiarkan dia meratah tubuh
saya.
Setahun
selepas berkenalan dengan Saiful, hubungan kami putus selepas dia
melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan di sebuah kolej swasta
apabila dipaksa bapanya.
Saya
yang seperti ketagih hubungan seks kemudiannya bertaut kasih pula
kepada seorang pemain muzik berkumpulan yang terkenal, Azlan.
Hubungan saya dan Azlan hanya sekadar untuk melempiaskan keinginan seks masing-masing dan bukan kerana cinta.
Azlan
juga seorang yang agak kaya, kacak dan digilai ramai gadis ketika itu
membuatkan saya bangga diusung ke sana ke mari ketika dia melakukan
persembahan jelajah negeri.
Saya
berpisah dengan Azlan dua tahun kemudian dan selepas itu saya mula
memburu lelaki kaya dan hidung belang tanpa mengira usia, namun tidak
bagi lelaki biasa dan tidak berduit.
Ibu
dan ayah tidak pernah bertegas dengan saya dan mereka hanya memberi
teguran dan nasihat supaya meninggalkan kehidupan penuh dosa itu.
Pada
usia remaja, saya tidak perlu bekerja seperti rakan yang lain, telefon
saja lelaki yang saya kenal, mereka akan memberi saya wang dengan hanya
perlu melayan nafsu dan tuntutan batin mereka saja.
Pada
suatu hari, saya mendapat panggilan telefon daripada beberapa rakan
yang mendakwa video seks mirip wajah saya tersebar di internet.
Saya
tidak tahu siapa yang menyebarkannya kerana saya sudah tidur dengan
beberapa lelaki dan akhirnya saya mengambil keputusan menetap bersama
kakak sulung saya yang tinggal bersama teman lelakinya di sebuah rumah
di Cheras, Kuala Lumpur.
Ibarat
lari dari mulut buaya, masuk ke mulut naga, saya sedari sikap kakak
dengan saya sama saja. Sebut sahaja nama kelab malam, semuanya kami tahu
dan kakak yang bekerja di sebuah butik pakaian juga memperkenalkan
rakannya kepada saya, malah ramai juga yang sudah ‘cuba’ saya.
Dua
bulan kemudian, saya bekerja di sebuah butik kecantikan sebagai mengisi
masa lapang pada waktu siang. Dengan wang gaji, saya membeli sebuah
kereta supaya nampak mewah bagi mengaburi mata lelaki.
Jika lelaki itu kaya, tinggi jugalah habuan yang akan saya dapat asalkan melayan mereka sebaiknya.
Kadang kala, terbit juga penyesalan di hati saya mengenai tahap pendidikan, pekerjaan dan seluruh kehidupan saya.
Ada rakan yang saya jumpa sudah bertudung dan mengenal tikar sembahyang sedangkan saya, membaca surah al-Fatihah pun sudah lupa.
Kakak
kedua saya sering menghubungi saya dan kakak dengan menasihatkan kami
supaya pulang ke pangkal jalan tetapi semua itu saya balas dengan gelak
tawa.
Kini,
saya tidak pasti berapa lama lagi kami adik-beradik akan terus berada
dalam keadaan tersesat begini, adakah Tuhan akan mengampunkan dosa kami
yang sudah jauh tersesat ini.”
LILY (bukan nama sebenar), 29 tahun dan anak sulung dari lima beradik:
“Kehidupan
saya dan Aiza tidak banyak bezanya tetapi saya jadi begini kerana
seorang lelaki. Saya akui bahawa saya lebih pandai bersosial daripada
Aiza kerana semua lelaki saya sapu.
Minuman keras pula sentiasa di tangan, pendek kata mahu sarapan pun dengan air kencing syaitan itu.
Saya
pernah belajar di sebuah universiti tempatan di pinggir Kuala Lumpur
selepas tamat tingkatan enam tetapi diberhentikan pada semester ketiga
selepas pelajaran saya merosot.
Semua itu terjadi selepas kejutan budaya yang dialami menyebabkan saya berhibur setiap malam bersama rakan.
Saya
tidak mahu pulang ke kampung kerana kehidupan di kota lebih seronok,
malah saya langsung tidak menjenguk keluarga dan hanya menelefon mereka
sebulan sekali.
Saya
berkenalan dengan Rizal yang berusia 26 tahun ketika itu, bekerja
sebagai penjual kereta. Kehidupan saya mewah kerana dia juga membela
saya ketika baru berusia 21 tahun di rumah yang saya tinggal sekarang di
Cheras.
Dia mengajar saya merokok, meneguk arak, malah dia sering berkunjung ke rumah sewa saya bagi memadu kasih.
Rizal yang sudah mempunyai tunang ketika itu tetapi dia bijak menyembunyikan hubungannya dengan saya.
Pada
hujung minggu, Rizal akan ke Johor Bahru berjumpa tunangnya dan pada
ketika itulah saya mengambil peluang memberi layanan istimewa kepada
beberapa rakan lelaki lain yang sanggup memberi wang.
Dua
tahun kemudian, kira-kira tiga bulan sebelum Rizal berkahwin, kami
ditangkap basah. Saya pulang ke Pulau Pinang pada malam itu juga bersama
Rizal selepas diikat jamin.
Ayah dan ibu hanya diam membisu, malah bersetuju saja dengan keputusan kami yang mahu segera berkahwin.
Rizal
pula berdepan dengan masalah apabila keluarga tunangnya minta ikatan
diputuskan. Sebulan kemudian kami berkahwin tanpa restu keluarga Rizal.
Mungkin
perkahwinan yang tidak diberkati, kami bercerai enam bulan kemudian.
Dengan gelaran janda pada usia 24 tahun, saya kembali liar dan
berpeleseran di kelab malam.
Kegiatan
saya lebih rancak selepas Aiza tinggal di rumah saya, malah bekas suami
juga sering berkunjung ke rumah bagi menghilangkan rindu sedangkan saya
sendiri sudah tidak mempunyai perasaan terhadapnya.
Rizal tetap membayar sewa rumah dan memberi wang perbelanjaan menyebabkan saya sendiri tidak kisah dengan perbuatan itu.
Namun, tidak pernah pula Rizal mencuba Aiza serta menyayangi Aiza seperti adiknya malah dia sering membawa kami pergi bercuti.
Dengan
hidup yang bergelumang dosa, adik keempat saya juga sering berkunjung
ke rumah saya kerana menyambung pelajaran di universiti tempatan di Shah
Alam.
Setiap hujung minggu, dia akan datang ke rumah saya bagi menikmati kehidupan sosial seperti kami. Shila tidak berminat melakukan hubungan seks berbayar tetapi dia lebih cenderung secara ringan-ringan.
Setiap hujung minggu, dia akan datang ke rumah saya bagi menikmati kehidupan sosial seperti kami. Shila tidak berminat melakukan hubungan seks berbayar tetapi dia lebih cenderung secara ringan-ringan.
Saya
terfikir, adakah dosa saya ini diwariskan kepada dua adik saya dan
apakah ibu bapa masih mahu menerima kami selepas mereka tahu kegiatan
kami? Saya dan Aiza tidak berani menjejak kaki ke rumah di kampung dan
pulang hanya pada Aidilfitri.
Selepas memohon ampun dan maaf, kami terus pulang ke ibu kota. Panas rasanya berada di kampung.”
SHILA (bukan nama sebenar), 24 tahun dan keempat daripada lima beradik:
“Antara
lima beradik, saya paling bijak dalam pelajaran malah tidak pernah
mengabaikannya. Begitu juga ketika menuntut di universiti, saya hanya
bersosial setiap hujung minggu dan turut menerima wang tambahan dari
kedua kakak saya bagi membeli keperluan belajar.
Ketika
pertama kali pergi ke rumah kakak keempat saya itu, agak terkejut
apabila terdapat tiga lelaki ada dalam rumahnya termasuk bekas abang
ipar yang sedang berbaring di bilik tidurnya.
Saya tanya kepada Lily, tetapi dia hanya tersenyum dan mendakwa itu adalah perkara biasa jika menetap di Kuala Lumpur.
Pada malam itu, saya dibawa ke sebuah pusat hiburan dan agak kekok dengan suasana baru.
Namun
sedikit pun saya tidak berminat menyentuh minuman beralkohol yang
dipesan Lily malah beberapa lelaki menawarkan RM400 bagi mencuba saya
tetapi saya tolak dengan baik.
Tetapi
selepas itu, saya semakin seronok apabila diraba rakan Lily dan Aiza.
Akhirnya saya tewas dan terjebak dengan aksi ringan-ringan.
Mereka
membayar saya RM300 sebagai duit poket dan jumlah akan ditambah jika
saya ikut mereka balik ke rumah tetapi saya masih sayangkan dara saya
dan tidak mungkin akan menyerahkannya kepada sesiapa sebelum berkahwin.
Namun,
bagi saya wang bukanlah segalanya. Saya berkenalan pula dengan Shafiq
yang berusia 27 tahun dan dia seorang pemain gitar di sebuah kelab.
Shafiq
seorang yang baik, jauh sekali meminta tubuh saya dan saya senang
ketika bersamanya. Saya tidak pasti berapa lama hubungan kami dapat
bertahan kerana saya mula mengharapkan Shafiq dapat membawa saya keluar
dari keseronokan hidup ini.
Hiburan yang kami nikmati saban malam, kadang kala membosankan. Kini saya mula rasa bersalah kepada keluarga.
Pernah
saya menangis apabila teringat wajah ibu yang menyediakan sarapan
semasa saya hendak pulang ke kampus dan wajah ayah yang sudah tua dengan
topi lusuhnya mengusung beg ke kereta buruknya.
Ibu hanya suri rumah, ayah pula seorang pesawah, siapa pula yang mahu menemani mereka di hari tua.
Jika
dulu, saya jarang pulang ke kampung kerana terpengaruh dengan rentak
hidup Lily dan Aiza, kini Shafiq akan menemani saya sebulan sekali
pulang ke kampung bagi menjenguk keluarga.
Kini
saya bekerja di sebuah jabatan kerajaan sebagai penolong pembantu
tadbir. Gaya hidup saya kini lebih kepada melepak di kedai makan bersama
teman tetapi tabiat merokok saya masih sukar dibuang.
Hubungan
saya dengan Lily dan Aiza tidak pernah renggang, saya juga sering
mengikut mereka bercuti di beberapa pusat peranginan dalam negeri.