Seorang lelaki dari Kampung RT 04 RW 02 Desa Ciluar, Kecamatan Bogor
Utara, Kota Bogor menderita penyakit misteri sejak dua bulan lalu
setelah dia dipercayai membunuh tiga ekor ular berwarna hitam.
Akibat penyakit itu, muka Adi, 30, yang bekerja sebagai buruh di kilang
sagu di sini membengkak sehingga menutupi wajah lelaki itu manakala
mulutnya tidak kelihatan.
Melihat keadaan Adi, penduduk kampung menggelarnya sebagai Adi 'Kobra'.
Memburukkan lagi keadaan, Adi kini berbau busuk seperti bangkai dan
turut dihinggapi ulat hingga keluarganya tidak membenarkan penduduk
kampung melawatnya.
Menurut isterinya yang tidak mahu dikenali kepada Liputan6.com, kejadian
itu berlaku semasa suaminya bekerja pada syif malam dan menemukan tiga
ekor ular.
Setelah menemukan ular itu, Adi mengaku kepada rakannya bahawa dia menyiksa dan membunuh haiwan itu sehingga mati.
Malah binatang itu dikerat-kerat dan dijadikan seperti sate sebelum dibakar.
''Di, jangan disiksa ular itu kerana ular itu juga punya perasaan," kata temannya.
Adi menjawab, "Ahh... saya tidak takut sama ular, syaitan ataupun jin.
Beberapa minggu selepas kejadian itu, Adi mengadu kepada isterinya dia sakit gigi dan pipinya berwarna kemerah-merahan.
Kata isterinya, pelbagai usaha dilakukan mereka termasuk ke hospital
berdekatan namun doktor yang merawatnya mendakwa mereka tidak mampu
merawat penyakit Adi.
Hal ini kerana menurut doktor, penyakit Adi tergolong dalam sakit yang tiada ubat iaitu barah.
Ekoran itu, pelbagai cara digunakan keluarga Adi termasuk secara
alternatif dan tradisional namun mereka tidak sanggup merawat
penyakitnya.
-AGENSI
Ads
19 March 2013
Related Posts
EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT
Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah : 1. Duit banyak, tapi cepat jer habis. Tak tau duit ...Read more
Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?
Penggalian di bawah Masjid Al-Aqsa sedang dijalankan Luangkanlah masa untuk membaca tenta...Read more
AMALAN IBU MENGANDUNG MENURUT ISLAM
AMALAN IBU MENGANDUNG MENURUT ISLAM Semasa mengandung, kita dinasihatkan agar mengamalkan ...Read more
Lelaki Arab menolak tawaran RM12 Juta untuk sebiji “batu neraka”
Seorang lelaki arab yang menemui sebiji batu dikatakan batu sijil atau di panggil ‘ batu ...Read more
Jack Sparrow adalah Lanun Muslim
Perhatikan lambang bulan dan bintang. Dalam filem Pirates of the Carribean, watak Jack Spar...Read more

Subscribe to:
Post Comments (Atom)