Salam.. Sebagaimana yang kita tahu
setiap manusia yang dilahirkan didunia ini memang tak dapat lari dari
dibelenggu atau menghadapi masalah. Perbezaannya cuma bagaimana cara
bagi kita menghadapi masalah tersebut. Adakah dengan cara tenang dan
rasionalnya kita cuba selesaikan masalah itu atau dengan cara melarikan
diri dari masalah? Kali ini cik tom nak kongsikan tips atau
langkah-langkah bagi mengatasi masalah yang sentiasa dihadapi oleh orang
ramai termasuklah cik tom sendiri. Tips atau langkah-langkah bagi
mengatasi masalah yang dihadapi ialah;
1. Kikis segala pemikiran yang tidak
elok dan yang tak baik pasal orang lain, perkara, benda dan situasi.
Latih diri untuk bersangka baik dan tumpu pada nilai-nilai positif
sahaja.
2. Kawal perasaan dan emosi. Jangan
biarkan perasaan mengawal pemikiran korang. Cuba tarik nafas dan hembus
perlahan-lahan jika korang terasa emosi korang tidak stabil.
3. Kosongkan kotak pemikiran daripada
perasaan-perasaan sedih, bermuram durja dan apa jua perasaan negatif.
Kosongkan sepertimana kita mengosongkan poket baju, seluar kita.
4. Perbaharui pemikiran kita dengan
pemikiran yang lebih rasional dan kreatif dengan berfikir sesuatu yang
positif dan menceriakan.
5. Berbuat baik kepada sesiapa saja.
Dengan menolong orang dan membuat jasa boleh mendatangkan ketenangan,
ketenteraman, menaikkan rasa hormat dan bangga diri.
6. Cuba dengar masalah orang lain dan
cuba memberi nasihat atau fikir cara terbaik untuk menceriakan dirinya.
Secara tidak langsung ini akan melatih diri kita menjadi lebih matang
dalam menghadapi pelbagai permasalahan hidup.
7. Hapus segala perasaan negatif
seperti takut, gugup, tak yakin, sangsi, ragu dan rendah diri tapi
bukannya tindakan dengan terlintasnya perasaan ingin membunuh diri.
Ingat dengan membunuh diri tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.
8. Kadang-kadang tanpa sedar kita
bermasalah sebab kita jauh dari Tuhan. Masalah diberi supaya kita
dekatkan diri semula dengannya, kena banyak istighfar dan jaga
sembahyang bagi yang beragama Islam.
9. Ingat, sesusah-susah kita pun, ada
lagi orang yang lebih susah. Korang mesti bersyukur kerana masih ada
pilihan dan alternatif-alternatif lain untuk menyelesaikan masalah satu
persatu.
10. Cuba tenangkan fikiran korang dengan
fikirkan perkara yang dapat menenangkan fikiran korang seperti fikirkan
keindahan alam flora fauna, keindahan bunyi ombak memukul pantai,
langit yang membiru atau apa yang korang sukai.
11. Cari kawan yang boleh dipercayai
untuk berkongsi segala masalah yang dihadapi. Cuba dapatkan nasihat atau
pandangan cara untuk menyelesaikan masalah yng korang hadapi dari orang
yang lebih berpengalaman seperti emak dan ayah atau mungkin pakar
kaunseling.