Ads

                                       

Klik Dan Menang !!

21 March 2013

2013_g_i__joe_retaliation-wide-652x341
Bagi anda yang pernah menonton filem ‘G.I. Joe : The Rise Of Cobra’ pada tahun 2009 yang lalu, ini ada berita baik untuk anda semua, di mana untuk tahun ini pihak produksi Bonaventura Pictures Production bakal mengeluarkan sambungan filem tersebut yang diberi judul sebagai ‘G.I. Joe : Retaliation.’
Filem genra aksi dan sains fiksyen ini merupakan arahan Jon M. Chu dan antara barisan pelakon yang terlibat dalam menghasilkan filem ini adalah  Bruce Willis, Dwayne Johnson,  Channing Tatum, Arnold Vosloo, Ray Park, Jonathan Pryce, serta Lee Byung-hun.
Dalam episod kali ini, G.I Joe bukan saja terpaksa melawan musuh mereka, Cobra, malah mereka juga terpaksa menangani ancaman yang datang dari organisasi mereka sendiri.
Namun, apa yang lebih menarik, jalan cerita kali ini pasti nampak lebih bertenaga dan lebih banyak aksi-aksi yang menarik untuk tontonan anda semua.
Menurut penerbit filem ini iaitu Lorenzo di Bonaventura, adalah penting untuk mencari seorang pengarah yang mampu mencungkil pelbagai karakter yang menarik bagi sambungan filem ini agar jalan ceritanya kelihatan lebih menarik dan bersahaja.
Dalam pada itu, pengarah filem ini, Jon M. Chu menyatakan bahawa dirinya sudah sebati dengan kartun serta komik-komik G.I Joe, oleh itu dirinya yakin mampu menonjolkan satu kelainan dalam filem arahannya ini agar bersesuian dengan generasi sekarang.
dwayne-johnson-gi-joe-2-retaliation-2012
Disebalik karakter yang terdapat dalam filem ‘G.I Joe : Retaliation’ :
Duke : Duke merupakan seorang pemuda yang pada asalnya merupakan seorang askar Amerika, di mana dia merupakn ketua kumpulan yang sentiasa bersifat yakin, berdedikasi dan setia sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga keselamatan askar-askarnya.
Roadblock : Karakter ini merupakan salah satu watak yang paling penting di dalam filem G.I Joe, di mana dia berfungsi sebagi tulang belakang serta ketua kepada unit elit yang bergandingan bersama Duke. Roadblock merupakan seorang ketua yang suka membantu dan mempunyai pengalaman serta jujur dalam menjalankan tugas sebagai seorang ketua kumpulan. Hubungan rapat antara Duke dan Roadblock adalah berlandaskan sikap saling menghormai antara satu sama lain.
Flint : Karakter ini dilakonkan oleh D.J. Cotrona, di mana dia memainkan watak sebagai Flint dan seorang yang bersifat gagah, kacak dan memiliki sedikit sifat sombong. Sebagai ahli pasukan baru, Flint akan berjuang untuk mencari keseimbangan antara menjadi seorang wira dan dalam masa yang sama membantu ahli pasukan. Karakter Flint juga difahamkan seorang individu yang mempunyai pelbagai kebolehan semula jadi dan sangat verstail.
gijoe2_image2
Lady Jaye : Ini merupakan satu-satunya watak wanita dalam filem G.I Joe dan ia dilakonkan oleh aktres Adrianne Palicki. Meskipun hanya seorang wanita tunggal dalam skuad kumpulan ini, Lady Jaye tetap merasa gembira dan mampu bekerjasama dengan anggota kumpulan yang lain secara tulus dan dedikasi.
Bagi menyaksikan bagaimana kesemua pelakon-pelakon ini beraksi dengan penuh berani dan bertenaga, jangan ketinggalan untuk menyaksikan filem ’G.I. Joe : Retaliation’ di pawagam berhampiran anda pada 28 Mac ini. Jom layan sedikit sedutan trailer filem di bawah.


 
 
Komen
0 Komen

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Komen

Followers