Hari ini, bekas isteri kepada Norman itu mengesahkan yang dia sudah
bergelar isteri kepada jejaka yang dikenali sebagai Farhan sejak 12
hari lalu.
“Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami
saya. Maaf sebab maklumkan lambat pada kalian. Allah kami dahulukan.
InsyaAllah, majlisnya dalam bulan raya nanti. Lokasi belum pasti.
Doakan, ini jodoh kerana kami saling tidak mengenali antara satu sama
lain. Baru dua minggu kenal, Allah tunjukkan jalan ke sini. Syukur,”
kongsi Abby di akaun Instagramnya.