Umumnya sudah mengetahui pelakon, Nora Danish pernah gagal dalam
perkahwinan pertamanya dan Nora sendiri mengakui tidak serik untuk
mendirikan rumahtangga buat kali kedua.
Sejak perpisahannya dengan suami beberapa tahun lalu, sehingga kini
masih belum dengar desas-desus si jelita ini akan berkahwin buat kali
kedua. Bertanya kepada tuan badan berkenaan isu tersebut, Nora dengan
tenang menjelaskan memang beliau mahu berkahwin lagi.
“Siapa tak nak kahwin kan?,” katanya.
Tambahnya, untuk perkahwinan kali kedua, beliau mengimpikan majlis perkahwinan seperti di dalam cerita Twilight.
“Saya sukakan konsep perkahwinan dalam hutan dengan bunga-bunga segar warna putih,” jelasnya.
Untuk pengetahuan pembaca, hasil perkahwinan terdahulu Nora Danish
dikurniakan seorang putera yang kini sudah berusia empat tahun.
Dibawah
merupakan video yang dirakam oleh Majalah EH! semasa sesi penggambaran
penghias muka hadapan majalah itu dan Nora Danish turut menjawab
beberapa soalan berkaitan impian beliau untuk perkahwinan kelak.