Dalam video berdurasi 36 saat itu, Farid mendakwa Diana dijangka bersalin pada 15 Julai depan dan berharap agar semua pihak mendoakan kesejahteraan isterinya itu.
Dalam video tersebut, Farid turut berkata,“Diana dijangka melahirkan pada bulan tujuh ini, InsyaAllah, pada 15 haribulan. Jadi, kita sama-sama doakan. Saya juga masih berada di Malaysia lagi bagi meneruskan kerja saya. Terima kasih atas doa-doa dan sokongan yang telah diberikan kepada saya.”
Terdahulu, sebuah akhbar tabloid melaporkan Diana sudah selamat melahirkan anak di sebuah hospital berdekatan kediamannya di Sydney, Australia. Berita tersebut mula menjadi lebih sensasi apabila Farid memuatnaik gambarnya bersama seorang bayi di laman Instagram dan Facebook minggu lalu sekaligus mengundang spekulasi bayi tersebut adalah anak mereka. Walau bagaimanapun, difahamkan bayi lelaki itu merupakan anak saudaranya yang lahir pada 11 Mei lalu.