Selepas kecoh mengenai berita isu
kelahiran anak sulungnya awal minggu ini, nampaknya tindakan pelakon dan
pengarah Farid Kamil sekali lagi membuatkan ramai tertanya-tanya.
Semuanya gara-gara Farid seperti menggambarkan yang dia sebenarnya
berdepan krisis dengan ibu mertuanya - ibu Diana Danielle.
Melalui akaun Twitter miliknya, Farid
Kamil meluahkan perasaan beliau tentang hubungannya dengan ibu mertua
yang seakan kurang baik.
“Ada orang tanya saya macam mana boleh
hidup dengan ‘mertua’ yang macam tu? Saya jawab nak buat mcmana? Dah dia
memang lagu tu,” tulis Farid.
Tulis Farid lagi, ibunya sendiri ada
memberikan pesanan kepadanya agar dbanyakkan bersabar kerana ibu mertua
juga seperti ibu kandung, perlu disayangi serta dihormati.
“Bersabar, rasanya dah 4 tahun
bersabar,” tulisan terakhir Farid Kamil selain bergurau mengatakan filem
klasik Ibu Mertuaku menggambarkan tepat situasi beliau sekarang ini.
Apapun, dalam hal ini rasanya adalah
elok kalau Farid dan ibu mertuanya bawa berbincang secara baik. Kalau
betul Farid ada masalah dengan ibu mertuanya itu, tak perlulah
'dikongsikan' di Twitter kerana ia akan memburukkan lagi keadaan.
Berbincang seperti antara anak dengan mak - itu cara yang lebih baik.
Kisah Ditwitter :-